Thursday, May 21, 2009

rUmPuT



Kawan2 mai la baca kisah ni..dah abeh baca renung2kan lah ek..selamat membaca...


Pada suatu hari di sekolah, seorag murid bertanya pada guru ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Pelajar : cikgu..mcm mana mana kita nak memilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?mcm mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??

Cikgu: ok..kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang kamu berjalan..di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali dan petik rumput yg paling cantik bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang di pilih….

Pelajar : tadi masa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik.memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yg paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : ya itulah jawapannya..maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorg yang kita sayang..jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yang berada didepan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap akan berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi….

No comments: