Showing posts with label cEriTa LaWak. Show all posts
Showing posts with label cEriTa LaWak. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Surat untuk kekasih…


Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…

Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya….hehehehe

Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don’t trust you again!!!My Friend speak you play three wood.

Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle.I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i live….Safe live……

Tijah







Thursday, May 14, 2009

LaWaK 18Sx

Suatu petang selepas pu lan g dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersama/makelove kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.

Kata si suami: 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..

Isteri hanya tersenyum panjang. Se lan g dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang.

Se lan g dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. si suami : 'takpe... tunggulah malam'.

Esoknya si isteri berkata: si isteri : 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.. si suami : Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata istri : 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. suami : Si suami tiba - tiba marah dan berkata ... ... ... .

'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

Saturday, April 25, 2009

KuRa2 yAnG sAnGaT gAtAL


cerita ini melibat kan Dua ekor kura-kura. Seekor jantan dan betina. Kisah ini terjadi apabila kura-kura jantan berhajat untuk melepaskan nafsunya kepada kura-kura betina. Kura-kura jantan bernamaSinsan dan kura2 btina Fufus.

Sinsan: Fufus... aku chenta pada mu.. aku amat sayang pada mu. stiap saat aku perlukan mu. di dalam hati ini tiada dua, tiga slain mu. mata mu bulat bak bulan purnama. hidung mu kempes berlubang dua, kaki mu empat bercengkerang hijau tua. sekali imbas rupa mu bak model didalam buku tadika. (hahaha, kali ni pasti terjadi apa yg aku nak.)

Fufus: Abg Sinsan, wajah abang manis umpama bulan. maaflah ayang x reti bahsa kiasan.. apa yang abg mahu sbnarnye ( aku tau la kau nak mengawan ngan aku. dasar jantan. jantan la juga).

Sinsan: abg sbenarnye... sbenarnye... sebenar benar benar benar nye... . nak kan zuriat.. atok abang cakap dlu, klu nak anak kena cakap ngan spesis ayang.

Fufus: ye la abg sinsan.. fufus turut kan saje kata2 abang tu..

sinsan: tercapai jugak hasrat abg ni fufus.. fus chenta ku... marilah kita berasmawan (berasmara untuk orang) di atas bukit yang tinggi itu.

Maka dengan bodoh nya mereka menaiki bukit yang tinggi itu. selama 4 hari berturut2 untuk mencapai cita-cita mereka.. sampai sahaja di atas bukit maka mereka lepaskan lah hajat mereka itu... ..

Setelah mereka puas, sang sinsan pun berkata pada sang fufus..

Sinsan: fufus. aku turun dahuluke bawah bukit.. kalau kau cinta pada ku, kau turun lah ke bawah setelah aku turun dahulu.

Fufus : baik lah abg...

sinsan: abg turun dahulu...

tanpa menghirau kan lagi keadaan fufus.. maka si sinsan pun turut lah.. sampai sahaja di bawah.. dia menunggu si fufus.


satu hari berlalu...

dua hari berlalu...

tiga hari berlalu...

empat hari berlalu..

simsan : kenapa lah si fufus x turun2 ni... . x boleh jadi ni..

si simsan pun memikir kembali mengapa si fufus tidak turun... akhirnya... ... ... ... ... ...

Simsan : aramakkkkkkkkkkkkk... ... ... .. aku lupa nak terbalikkan dia la...

hehehheeh


Tamat..

Sunday, April 12, 2009

AcArA LuMbA LaRi


Bersama seorang teman sekelas aku pulang dari latihan olahraga. Di perjalanan, entah siapa yang mulakan dulu, kami berdebat tentang siapa yang lebih pantas berlari. Kerana kami berdua tidak ada yang mau mengalah.. akhirnya kami memutuskan untuk mengujinya dengan berlari sejauh satu blok (sekitar 100 meter). Ketika itu sekitar pukul enam petang dan keadaannya agak suram dan kelam.

Kami pun menggambil posisi masing2.. dan 1…2…3…, aku dan temanku terus berlari "sprint" secepat mungkin. Ternyata kami berdua seimbang dan sama pantas…...

Beberapa meter dari hujung blok (yang menjadi garis penamat kami) tiba-tiba seorang Pak guard yang meronda di setiap blok berlari mengejar kami ….. Pak guard tersebut berlari dengan pantasnya dan berada hanya beberapa meter di belakang kami.

Aku bingung… kenapa Pak guard itu mengejar kami berdua…, kami berusaha berlari sepantas mungkin kerana takut tertangkap oleh Pak guard tersebut. Aku sudah tidak sempat berfikir dan kerana gugup aku terus berlari hingga lima blok bersama sahabatku tadi. Pak guard cukup kuat kerana dia masih terus mengekori kami. Mesti pun aku sudah kepenatan tetapi aku masih tetap berlari …. melepasi blok keenam kami berdua sudah tidak kuat lagi berlari. dan kepenatan..

Akhirnya di persimpangan lorong kecil kami berdua berhenti sambil menghela napas yang kelelahan. Beberapa minit kemudian pak guard juga sampai di tempat kami dan dia juga berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap.

Kami bertiga terdiam selama beberapa saat.. melepaskan lelah masing-masing... Akhirnya, setelah agak tenang, dengan heran aku tanya kepada Pak guard tersebut..

"Pakcik.., kenapa pakcik mengejar kami..?"

Pak guard itu nampak kebinggungan. Mungkin masih kebinggungan dan kepenatan.. Pak guard itu menjawab dalam Bahasa Jawa yang pekat..

"Lha koe wong loro mlayu ok aku yo melu, lha tak kiro nek ono opo ngono... "

Maksudnya..
Tadi saya melihat kamu berdua berlari begitu pantas sekali.., saya kira ada apa-apa yang terjadi.. jadi saya pun ikut lari juga...

Thursday, April 2, 2009

rAsA hEnDaK bErBiNi

Aku yakin, mesti hangpa pernah alami apa yang aku rasa ni... . Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan terasa seperti hendak ber'bini'? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini. Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan- kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai `bini' masing. Mana tak jelesnya kehulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan berpanas. Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari menuju ke kuliyyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya sekiranya `dia' turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan kami pasangan yang ideal. Ahaha... Tapi ini semua hanyalah khayalan aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi jalan ini. Mentang-mentanglah `bini' dia tu cantik dan mengancam. Deng! ar khabarnya, `bini'nya keturunan Jepun tapi lahir di sini. Ke'in-team'an dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku! Aku mesti cari satu juga! Pulang ke kampung pada cuti semester, aku suarakan hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini. Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat nak cari jodoh satu untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng'kenen'kan a! ku dengan seorang `janda' yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga atau empat. Aku akan berlaku jujur dan setia. Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang diri, di satu sudut ruang legar pasaraya rasanya seperti aku telah terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan- kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya. Dengan `body' yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan dressing yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan. Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas. Diberinya aku foto gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku. Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. "Betui hang minat kat dia ni?" Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu, aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila dah ada `menantu' baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak tahu. Yang pasti aku akan ada `bini' baru. Alahai abah, kahwinkan aku cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal ister! i baru aku ini.
Inilah biodatanya:

Nama Model: Yamaha Lagenda 110cc

Spesifikasi: Enjin empat lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap

Transmisi: 4 kelajuan

Kapasiti minyak: 8L

Kapasiti gas: 4.5L


Berat kering: 94 kg

Friday, March 20, 2009

cArA mEnJaWaB tElEfOn


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk
menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau
sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak
awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye
saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor
323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh
disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal
rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu
memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya
nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda
ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih
menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak)

Wednesday, March 18, 2009

bUs


Kisah bermula pd satu mlm.. Lebih kurang pukul 12 tgh mlm, mamat bersama seorg teman nya (nama terpakse di rahsia kn) dlm perjalanan dr KL ke Kuala S'gor melalui jalan Kepong. Setibanya mereka di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India.., tiba2 kereta mereka mengalami kerosakan.. Si Mamat tak dapat menghidupkan enjin kereta nya walaupun telah dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru je seminggu di servis. Mamat n kawan nya pun menolak kereta ke bahu jalan dan cuba cari bantuan jika ade kenderaan lalu. Malam dah gelap,siapa nak tolong kereta rosak tepi jalan.. Tiba2 mereka terlihat sebuah bas yang datang dari arah Kuala S'gor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas dengan kereta mereka bukan nya jauh sgt tetapi bas masih tak sampai2. Mereka dah mula menggigil ketakutan. Apa tak nya, bas takde pemandu. Takde org langsung dlm bas tu,mcm mana bas bole gerak sendiri?? Kaki dah terketar2. Mamat dah mula terkencing dlm seluar. Nak lari pun tak tergerak kaki.. Si kawan nya mulut terkumat-kamit baca jampi serapah konon2 nak halau hantu.. Mamat dah mula tercium mcm2 bau.. Waktu tu TUHAN je yg tau mcm mana takut nya mereka.. Bila bas dah semakin hampir, memang sah takde pemandu. Mamat n kawan nya tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik mereka.. Peluh jantan dah abes keluar. Tiba2... . "Bang, bole tolong tolak bas ni tak? Bas rosak la bang.." terdengar suara dari blakang bas. Meraka ternampak 2 org lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan termengah-mengah.. Hoh!!Patut la bas jalan perlahan sgt.. Rupa nya bas rosak n ada org tolak dari blakang.. Ish!! Wat saspen jer..

Tuesday, March 17, 2009

memo dari seorang boss yang peka terhadap staff



"" Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:


Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:


Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. Sekian, terima kasih. ""

Monday, March 16, 2009

sEbEnAr....

Minah(bukan nama sebenar) baru putus cinta(bukan cinta sebenar)mengambil keputusan hendak terjun menara(bukan menara sebenar).Beliau(bukan gelaran sebenar) menaiki lif(bukan lif sebenar) danmenekan butang 'roof'(bukan butang sebenar). Ketika memasuki lif, satusuara misteri(bukan suara sebenar) berbisik ke telinya beliau(bukan telinga sebenar), Naik lif..ke neraka...pintu ditutup....selama-lamanya...... Beliau menjadi takut(bukan perasaan sebenar) dan berdebar-debar dan apabila sampai dan suara itu berbunyi,Naik ke tingkat 'roof'.....sedia untuk mati......sampai,sila turun dari lif......dan terjun....... Minah terus berlari(bukan aksi sebenar) dan memanjat pagar keselamatan(bukan pagar sebenar) dan terus terjun. Apabila hampir sampai ke bumi(bukanplanet sebenar) satu suara berbunyi, WOI MINAH! BANGUNLAH! DAH PUKUL 12 TENGAHARI PUN X BANGUN2 TIDO LAGI! APE JENIS ANAK DARA LA NI! kata seorang wanita(bukan jantina sebenar)iaitu ibunya(bukan ibu sebenar).

Tuesday, March 10, 2009

TeH pAnAs


Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang¿ disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja¿ dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk¿ lalu pelayan restoran menjawab.. ¿Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20¿ Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya¿. Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan..kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja¿ Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata ¿Kalau lambat diminum¿ air ini jadi sejuk¿ kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja¿

Wednesday, February 25, 2009

mEnGaPa BuAt MaKsIaT dALaM tOiLeT????????


Cikgu amar sedang mengajar bahasa melayu dalam kelas tingkatan 5 raya,beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing2 tentang tajuk " mengapa remaja melakukan maksiat dalam tandas awam"

hanim : pada pendapat saya remaja yg sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yg tidak berkemampuan menyewa hotel.

Azwan: saya tidak bersetuju,kerana ada dikalangan mereka yg berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Alin: mengikut firasat tok guru saya... mereka ni kelam kabut hingga tidak sempat mencari hotel @ tempat yg lebih sesuai & yg plg penting mereka ni cetek tentang pengetahuan agama.

Bob: saya tidak setuju cikgu,bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Alin : kenapa pulak?bukankah mereka yg sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama @ tidak tahu menghayatinya.

Cikgu amar ;: (bertanya kepada bob) kenapa kamu tidak setuju dengaan pendapat alin td?

Bob: sebenarnya mereka sangat arif tentang agama.sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas & jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yg mereka lakukan.

Cikgu amar: (dalam hati) rosak murid aku sorang nie!!!

Sunday, February 22, 2009

LaWak.....LaWak.....LaWak.......

Pada satu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenangkan jasanya, keluarganya sepakat untuk membuat sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. seperti yang sudah2 ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau jugak berjalan dengan lancar. Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi" kata si doktor.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu" kata lelaki itu

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.

"Mengapa pula?" tanya doktor tersebut.

"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawab lelaki itu sugul....

Tuesday, February 17, 2009

aYaM & iTiK

Apek: Lu potong zaka ada bagut ka?
Ali: Manyak bagut. Bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: ?!! err ... saya kawan ada cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..
Ali: Apa probrem ?

Apek: Manyak buang lui, lagi aahh ... dia punya performance tatak bagut....
manyak cinang semputloh ..
Ali: Cehh... apek, lu apa celita... saya suda lama potong.
tada apa problem... bini saya manyak puas woo...

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?
Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap maen woo..
lu lagi lambat pancut..

Apek: ???!!! err... lu punya 1.3 atau 1.5??
Ali: ?!! woi apek cakap baik2 sikit ha .. saya
punya 6 inci laa...

Apek: ??! Tiu nia ma... lu jgn maen2 haa... mana ada potong zaka 6 inci...
Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (opens his trousers)

Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lu punya lanchiau..
Ali: Abis... lu tarak percaya..saya tunjuk la..

Apek: Saya tatak tanya sama lu punya lanchiau...
Saya tanya lu pasal itu nasional car...
potong zaka..
molo punya olang..
Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja...
Bukan potong zaka la..... proton saga........




Sunday, February 15, 2009

pAk PanDir & wAjA SiLvEr

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak
Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana
bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana
dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada
kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya
kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab
Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke
arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu
pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-
nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,
Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa
sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah
elok, asyik berkelip-kelip je!"



Wednesday, February 11, 2009

kEhILaNgAn BuRuNg

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : ¿Siapa disini yang ada burung?¿
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
¿bukan itu maksud saya¿

Lalu di ajukan soalan yang lain..
¿maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?¿

Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung ¿maaf, bukan itu maksud saya¿

Sekali lagi dia cuba bertanya
¿maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya¿
Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
¿maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?¿

Lalu¿ Isteri lelaki itu pun pun berdiri¿.dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,
menyesal tanya.

Friday, February 6, 2009

PeNiPu BeSaR

dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...

si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorg kelentong penduduk2 kampung...

sbbkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...

nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de sutir org pon percaya...

diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....

so diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi..

suatu hari tu, mase kat tepi sungai......

ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..

anak : btul tu..

ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...

anak : woookey..bereh

lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...

10 minit berlalu......

20 minit berlalu.....

30 minit berlalu....

si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...

plurp...si ayah pon timbul....

anak : apsal lama sangat menyelam tadi????

ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( kelentong si ayah)

kini, giliran si anak lak menyelam.....

x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....

ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????

anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii

Wednesday, January 14, 2009

SuAmI YaNg BaIk



Irra sedang tenat ditempat tidur menunggu ajal nya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinang air mata....di tangannya masih berada saputangan untuk menghapus air mata yang berjatuhan....kemudian si Irra berbisik.. "Bang Wiee ku sayang.."(dengan suara yang lemah..).... "Ssshhht....sudahlah Irr jangan terlalu banyak bicara".... "Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan...) Irra memaksa untuk berkata-kata... "Aku mau mengatakan sesuatu bangg...aku ingin membuat pengakuan.." .....terus si Awie menyapa .."Tiada apa lagi yang harus kau akui Irr...sudah berehatlah..."(sambil menghapus air matanya Irra)... "tidak...tidakk...tidakk...Yang seharusnya Irr harus beritahu sesuatu pada abang Wie sekarang, biar Irr tenang nanti......bangg aku pernah tidur dengan adik mu,sahabat mu, dan ayahmu..hhhgggh..." ucap Irr dengan nada teresak-esak...... terus si Wie menyambung kata-kata si irr..." suudahlah Irr jangan paksa diri kau berbicara terus,..tidak apa-apa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya itu .....kalau tidak kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa..?"

Saturday, June 14, 2008

TiKuS.....oooo...TiKuS


Seekor tikus merasa hidupnya sangat tertekan karena takut pada kucing. Ia lalu menemui seorang ahli sihir sakti untuk meminta tolong. Ahli sihir memenuhi keinginannya dan mengubah si tikus menjadi seekor kucing.

Namun setelah menjadi kucing, kini ia begitu ketakutan pada anjing. Kembali ia menemui ahli sihir sakti yang kemudian mengubahnya menjadi seekor anjing.
Tak lama setelah menjadi anjing, sekarang ia merasa ketakutan pada singa. Sekali lagi ahli sihir sakti memenuhi keinginannya dan mengubahnya menjadi seekor singa.

Apa yang terjadi? Kini ia sangat ketakutan pada pemburu. Ia datang lagi kepada ahli sihir sakti meminta agar diubah menjadi pemburu. Kali ini si penyihir sakti menolak keinginan itu sambil berkata, "Selama kau masih berhati tikus, tak peduli bagaimana pun bentukmu, kau tetaplah seekor tikus yang pengecut"

Saturday, June 7, 2008

BuKti SeBuAh PeRcInTaAn

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat
berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinyabersetuju.

Tau-tau saja lah apa yang dia orang buat di malam minggu tu
berdua-duaan di dalam bilik wanita tu... .. kira malam minggu tu
milik dia oranglah.

Selepas selesai melakukan adengan yang di censoredkan, si lelaki ni pun
berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya;

"Darling! ada mancis tak?".

"Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu.

Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam

laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya;

"Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker?""Bukan" jawab si wanita tu.

"Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?",

"Bukan jugak" jawab wanita tu lagi.

"Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?"
tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut

"Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan
jantina"
jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaa?





Saturday, May 31, 2008

CiTeR mAt MoToR


Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok... oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.. maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni... Atan kan superman, takkan ader paper nyer. lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan... "

Kunci moto pon di pulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dr umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan... .maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..


Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu. Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik... ... dan tanpa bertanya dan berpiki ape2 pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah..

Tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memangla kepala die cam pusing ke belakang. (PAKAI baju TERBALIK LER)... Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

pengajarannyer: Mat Motor ... ... ... ... ... ... ... .jangan suka pakai jaket terbalik