Friday, May 30, 2008

GajAh KeLAnTan






Alkisah..maka tersebutlah sebuah kisah sekumpulan saudagar daripada negara China telah datang ke Malaysia untuk mengadakan pertunjukkan sarkas. Maka tibalah kumpulan itu ke Pulau Pinang. Pada satu hari, semasa pertunjukkan bergajah diadakan seorang daripada ahli kumpulan sarkas itu mencabar semua hadirin yang menghadiri pertunjukkan itu agar membuat kepala gajah itu tunduk kebawah. Sesiapa yang dapat membuat gajah itu tunduk kebawah akan diberi saguhati sebanyak RM 5000. Tetapi semua yang hadir disitu gagal menundukkan gajah itu. Maka berita ini tersebarlah ke segenap pelusuk ceruk rantau dan ramailah orang yang telah mencubanya tetapi gagal. Sehinggalah pada suatu hari ada seorang tua mendengar cabaran ini. Lantas dia pun pergi ke tempat dimana cabaran itu diadakan. Maka dia pun pergi kepada Ahli kumpulan sarkas itu bertanya bahawa betulkah jika dia dapat menundukkan gajah tersebut dia akan memperolehi RM 5000. Setelah diberitahu oleh ahli kumpulan sarkas itu dia segera pergi menuju ke gajah tersebut. Kemudian dia pergi kehadapan dan melihat muka gajah tersebut. Kemudiannya orang tua itu pergi ke bahagian belakang gajah itu lalu di jentik kemaluan gajah itu. Gajah itu tersentak lalu tunduk untuk melihat siapakah yang telah menjentik kemaluannya. Orang ramai bertepuk tangan apabila menyaksikan gajah itu tunduk. Saguhati Rm 5000 kini menjadi kepunyaan orang tua itu. Maka untuk mengelakkan sebarang kerugian maka pertunjukkan sarkas itu telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sekali lagi mereka mencabar supaya kali ini menggelengkan kepala gajah tersebut. Maka semua telah mencubanya dan gagal. Sekali lagi orang tua tadi terdengar cabaran ini dan beliau terus bergegas. Semasa perjalanan beliau berfikir bagaimanakan caranya untuk menggelengkan kepala gajah tersebut. Akhirnya tibalah orang tua itu ke destinasi yang ditujunya. Sekali lagi orang tua itu berjumpa dengan Ahli kumpulan sarkas yang membuat cabaran itu. Setelah mendapat jaminan bahawa dia akan dapat saguhati jika dapat menggelengkan kepala gajah itu dia terus pergi kepada gajah itu. Apabila sampai dekat dengan kepala gajah itu dia terus mendekatkan mukanya kearah telinga gajah itu seolah-olah ingin berbisik. Kemudian di berbisik kepada gajah tersebut, " Mu nok keno jentik telo" kata orang tua itu. Lantas gajah itu menggelengkan kepalanya kerana takut orang tua itu akan menjentik kemaluannya. Setelah itu orang tua itu menerima saguhatinya dan dia sangat gembira kerana dapat duit 'Free' . Ahli kumpulan sarkas itu terus balik ke negara mereka kerana telah kerugian RM 10,000. Rupa-rupanya gajah yang dibuat untuk dicabar itu ialah gajar dari Kelantan

No comments: