Tuesday, July 28, 2009

UnTuKmU iBu


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

LaSt

Uwaaaaaaaaaaaaaaa..pagi ni ujan.sangat lebat.malas betoi aku nak datang keje tp disebabkan ari ni last day aku keje aku gagahkan jugak dtg.badan pun dah mula sakit2 ni.mengemas brg x hengat punya.malam ni aku akan berangkat pulang ke kampung.pas ni x tau bila lagi aku akan ke sini.uwaaaaaaa...sangat sedih.sedih jugak nak benti keja sebab aku teramat la suka keja kat sini.xde stress,keje x banyak pendek kata memang best la.hahaha..xpe aku tau apa yg terjadi ni ada hikmahnya.pas ni aku akan mulakan kehidupan baru di tempat baru.sumanya baru.ehehe..

Kadang2 ati ni rse sedih jugak.banyak benda yang aku fikirkan.xtau bila sume ni akan berakhir.aku cuma berharap Allah permudahkan segala urusan aku.aku jugak berharap moga Allah murahkan rezeki aku.aku da malas nak menaip banyak2.ape yg aku tau ari ni ada makan besar sebab nak raikan aku..hahaha...

Tapai KL, Tapai Kepong n Tapai Alunan Muhibbah.....:D:D

Wednesday, July 22, 2009

:X:X:X


Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

Tuesday, July 21, 2009

sOLaT & 5 JeNiS mAnUsiA

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama...

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua...

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga...

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat `awamul Muslimin' dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan) , dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat...

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon `memelihara solat', tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima...

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.

Thursday, July 16, 2009

aKu DaPat AdiAh




Aku dapat adiah..sukenyeee..hehehe...tq to ojin bg adiah yg comel tu..suke lak tgok lampu tu berkelip2..tukar2 kaler lg..tq very2 much.pic x bape clear maklumla pakai hp cap ayam je...hahaha

Wednesday, July 15, 2009

MuSiM BuAh DtaNg LaGi

Ari 2 pas abeh gath aku mengajak kawan2ku ke kampung ku.tuk mam duyan.mula2 di jangkakan 2 kete je nak p.tapi x disangka2 jadi 5 kete yg pegi..tp xpe aku suke cume aku cam x bape best sebab duyan yang di simpan x banyak..huhu..aku rase mest diaorg x puas makan duyan..siannnn..xpe lain tahun akan ku ajak lagi...huhuhu...



Sejak musim buah ni gak aku kerap balik kampung.rasenya tahun ni aku memang dah puas makan duyan.tunggu tahun lepas plak.duyan kat umah aku pun dah mula luruh..adehhh..sungguh sedap..isinya kuning.duyan yg arwah mak tanam pun dah bebuah cume lum luruh lagi.pokok pulasan yg mak tanam pun dah bebuah gak.semuanya membuahkan hasil tahun ni.....


Tiap kali balik kampung aku x lupa menjenguk rumah kami.rindunya rasa nak duk situ.kadang2 terbayang2 aku,mak n adik2 sedang berborak di depan umah..sambil bergelak ketawa..bergurau2..terlalu banyak kenangan kami di sana..membesar di situ..kini rumah tu ditinggalkan tanpa penghuni.aku berharap 1 ari nant ada diantara kami adik beradik yg akan tinggal di situ.kenangan...kenangan..kenangan.....terlalu banyakkenangan tersimpan di situ.......

Tuesday, July 14, 2009

HiJaU dAuN = SuArA (kU bErHaRaP)


di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff

suara dengarkanlah aku