Thursday, April 2, 2009

rAsA hEnDaK bErBiNi

Aku yakin, mesti hangpa pernah alami apa yang aku rasa ni... . Pernah tak suatu hari, anda bangun dari tidur dan terasa seperti hendak ber'bini'? Ya! Itulah apa yang sedang aku alami sehingga hari ini. Aku tak boleh nak sisihkan naluri fitrah aku ini. Tapi apakan daya aku juga insan biasa, punya kehendak yang perlu dipenuhi, punya impian yang tersendiri. Iri hati aku kepada kawan- kawan aku yang lain. Hampir semua mereka mempunyai `bini' masing. Mana tak jelesnya kehulu-hilir asyik berdua. Berpegangan kedua belah tangan lagi. Sama-sama bersusah payah meredah ranjau dan berhujan berpanas. Tatkala kaki ini melangkah dipayungi terik matahari menuju ke kuliyyah, hati nakalku terdetik. Alangkah indahnya sekiranya `dia' turut sama menemani aku dikala ini. Tidaklah aku terasa kepenatan dan peluh berjalan kerana ada teman bicara. Dan jarak yang jauh pasti terasa dekat. Dan semua orang diperjalanan kami, pasti ada yang cemburu. Tak kurang juga yang memuji mengatakan kami pasangan yang ideal. Ahaha... Tapi ini semua hanyalah khayalan aku yang punya sempadan. Dari kejauhan aku ternampak sahabat karibku dengan pasangannya. Bukan main asyik dan mesra mereka. Sehingga mereka lalu melintasi aku, tidak sedar pun mereka yang aku di tepi jalan ini. Mentang-mentanglah `bini' dia tu cantik dan mengancam. Deng! ar khabarnya, `bini'nya keturunan Jepun tapi lahir di sini. Ke'in-team'an dan keakraban mereka inilah yang membulatkan tekad aku! Aku mesti cari satu juga! Pulang ke kampung pada cuti semester, aku suarakan hasrat hatiku kepada ayahandaku kerana hanya dia yang arif dalam bab ini. Risau juga aku takut dibangkang niat suci murni aku ini. Terkejut aku apabila dia mengatakan memang selama ini dia berhasrat nak cari jodoh satu untuk aku. Bonda tiada halangan kerana dia tahu ini untuk kebaikan aku juga. Tapi dengan siapa? Aku belum ada calon lagi. Terpaksalah aku menyuruh ayahanda merisik sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai. Pada mulanya ayah aku meng'kenen'kan a! ku dengan seorang `janda' yang masih lagi muda. Ditinggalkan suaminya, setelah tak mampu nak bayar nafkah bulanan. Pendapat ayahanda, biarlah jodohku janda kerana maharnya pasti lebih murah nak dibandingkan anak dara sunti. Setelah puas membuat pertimbangan, aku menolak dengan lembut pilihan ayahku. Aku katakan pada ayah, biarlah maharnya mahal sekalipun, mungkin ini adalah yang pertama dan juga yang terakhir bagiku. Aku tak akan pasang dua, tiga atau empat. Aku akan berlaku jujur dan setia. Suatu petang ketika aku bersiar-siar di bandar seorang diri, di satu sudut ruang legar pasaraya rasanya seperti aku telah terjumpa pasangan impian aku. Walaupun dia bersama-sama kawan- kawannya yang lain di situ, tapi hatiku hanya terpaut padanya. Dengan `body' yang cukup sempurna, lirikan mata yang menggoda dan dressing yang mengancam, aku bagaikan terjumpa buraq kayangan. Setelah berbasa-basi dan berkenalan serba ringkas. Diberinya aku foto gambarnya yang mempersonakan. Aku pulang ke rumah dengan senang hati sambil membawa gambarnya untuk ditunjukkan kepada orang tuaku. Ayah melihat dengan serius foto gambarnya. "Betui hang minat kat dia ni?" Tanya ayahku mencari kepastian. Aku mengangguk dengan yakin bahawa pilihan aku ini pasti tidak silap. Sambil itu, aku tidak ketinggalan menyulam janji manis yang aku akan menjaganya dengan baik. Menjaga makan pakainya dan sama sekali tidak berlaku curang. Bonda tidak kisah kerana nanti dia juga yang senang apabila dah ada `menantu' baru nanti. Senang dia nak ajak aku ke mana-mana nanti. Setelah melihat spesifikasinya dan keupayaannya, akhirnya ayah aku bersetuju untuk meminangnya untuk aku. Tapi bila? Aku pun tak tahu. Yang pasti aku akan ada `bini' baru. Alahai abah, kahwinkan aku cepat. Elok juga rasanya aku perkenalkan bakal ister! i baru aku ini.
Inilah biodatanya:

Nama Model: Yamaha Lagenda 110cc

Spesifikasi: Enjin empat lejang, silinder tunggal, SOHC, 2 injap

Transmisi: 4 kelajuan

Kapasiti minyak: 8L

Kapasiti gas: 4.5L


Berat kering: 94 kg

No comments: