Saturday, May 31, 2008

pErEmPuAn AkAL SeTiPiS rAmBuTnYa

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

cArA RASULULLAH S.A.W MiNuM

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram..Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum..kerana apabila kita minum dari bekas yang besar lumrahnya kita akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung ... Hembusan yang keluar itu mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide yang apabila bercampur dengan air H20 akan menjadi H2C03, iaitu sama dengan dengan cuka dan menyebabkan minuman itu menjadi acidic... .
Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama seperti di atas... Cara minum yang sebenar ialah seteguk..berhenti..bernafas dan teruskan..berulang2..

KaSiHMu MeLeBiHi KaSiHkU


s
uatu hari nanti jika Allah SWT izinkan mungkin juga aku akan bergelar seorang ibu sama seperti perempuan lain. Ya, aku mungkin seorang insan yang bakal digelar mak, ibu, ummi, mama, mummy atau bonda. Begitu besarnya erti hidup seorang perempuan atau wanita, dan terlalu berbeza fitrah kejadiannya dengan insan bergelar lelaki. Seorang perempuan telah Allah kurniakan mereka rahim, di situ wujudnya jasad yang menumpang hidup berbulan-bulan atas belas ehsan dan kasih sayang dari insan bergelar ibu. Sesungguhnya, mungkin itu juga yang telah aku janjikan pada Allah sewaktu di alam roh lagi. Mungkin telah kujanjikan kepadaNya bahawa diri ini ingin menjadi seorang perempuan dan berani memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. “Ya Allah, betul ke aku sekuat itu dan layakkah aku?”. Namun begitu aku bersyukur, walaupun masih belum bersuami dan punya anak, aku punya naluri keibuan yang kuat…alhamdulillah.

Ibu memegang amanah Allah yang paling besar dengan tabah membawa anak ke lacesana lace sini ketika mengandung, menahan kesakitan dan mempertaruhkan nyawanya sewaktu bersalin, menyusukan tanpa mengira waktu dan melunaskan pelbagai lagi tanggungjawab yang lain yang pastinya tidak mampu untuk seorang lelaki laksanakan. Bila Allah memilih seorang perempuan itu sebagai pemegang amanah yang besar fahamilah bahawa seorang perempuan itu fitrahnya tabah dan sabar. Doa seorang perempuan itu lebih makbul kerana sifat peyayangnya apatah lagi doa seorang ibu terhadap anaknya.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam 2 tahun.(Dengan demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu.Hanya kepadaKu tempat kembalimu. (Surah Lukman ayat 14)

Walaupun pelbagai istilah ibu yang ada di dunia ini, ibu angkat, ibu susuan, ibu tumpang, ibu tiri, ibu saudara atau ibu mertua sekalipun ianya takkan pernah sama dengan ibu kandung. Keperitan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan takkan sama dengan insan lain. Di telapak kaki ibu nan satu itulah letaknya ciuman syurga dan keredhaan Allah adalah kerana keredhaan ibubapa. “ mak, tanpa keredhaan mak siapalah adik!!”.

Seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai siapa yang sepatutnya didahulukan dalam membuat kebajikan.Baginda lalu menjawab,ibu mu, sahabat bertanya lagi,kemudian selepas itu siapa?Baginda lalu berkata, ibu mu.Kemudian selepas itu siapa? Ibu mu.Kemudian siapa?Bapa Mu. – Hadis

Hadis ini menzahirkan betapa besarnya istilah seorang ibu yang perlu dihormati oleh anak. Betapa kedudukan seorang ibu itu sangat mulia. Darjat seorang ibu diangkat tinngi di sisi Allah SWT.

Ibu meniti usia senja…kita mulai dewasa

kita tinggalkan kerana kawan

kita tinggalkan kerana kekasih

kita lalaikan kerana dunia kita

kita sombong kerana kedudukan

kita bongkak kerana harta

kita malu kerana wajah kedutnya

kita bohong kerana kepentingan kita

kita deritakan jiwanya kerana kita punya alasan yang selalunya bodoh

Bahagiakan ibu bapa selagi mereka masih bernafas..jangan menanggis setelah tewas

Jika ada hati relakan dengan ikhlas

Jika ada kudrat permudahkan

Jika ada rupa senangkan (memaniskan muka kpd ibu bapa)

Jika ada pesan darinya lakukan

Jika ada silap darinya maafkan

Jika masih punya saudara miliknya sambungkan

Jika berdoa mohon keampunan.....

JiKa JiWaKu TiDAk TeNaNg

Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada Ibn Mas'ud, seorang sahabat Nabi yang faham benar mengenai al-Quran, meminta nasihat kepada beliau seraya berkata: "Wahai Ibn Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tak enak tidur pun tak nyenyak."

Maka Ibn Mas'ud pun menasihatinya dengan katanya: "Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau mencari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat menyembah Allah seperti pada waktu tengah malam di mana manusia sedang nyenyak tidur, engkau bangun solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.

Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini maka engkau minta kepada Allah agar diberikan-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu.

Selepas orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannya nasihat Ibn Mas'ud itu. Dia mengambil air sembahyang kemudian diambilnya al-Quran terus dia baca dengan hati yang khusyuk. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali jiwanya menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang, kegelisahannya hilang tanpa kesan.

CiTeR mAt MoToR


Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok... oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.. maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.

Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni... Atan kan superman, takkan ader paper nyer. lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan... "

Kunci moto pon di pulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dr umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan... .maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..


Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu. Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik... ... dan tanpa bertanya dan berpiki ape2 pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah..

Tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memangla kepala die cam pusing ke belakang. (PAKAI baju TERBALIK LER)... Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

pengajarannyer: Mat Motor ... ... ... ... ... ... ... .jangan suka pakai jaket terbalik

pUdInG bUaH


Bahan-bahannya

14 gelas air
10 biji putih telur
4 gelasgula
2 tahil agar-agar
1tin besar susu cair
1tin besar buah-buahan campur


Cara membuatnya

1)Rebuskan agar-agar dengan air hingga hancur.

2)Pukul putih telur hingga kembang dan warnanya bertukar menjadi putih.

3)Masukkan putih telur kedalam bekas yang berisi agar-agar yang hancur tadi dan terus mengacau jangan berhenti.

4)Masukkan susu cair dan gula.

5)Bahan yang paling akhir sekali dimasukkan ialah buah-buahan campur serta airnya. Kacau lagi. Perkara yang perlu dingat ialah ketika memasukkan buah-buahan tadi, tinggalkan sedikit untuk ditaburkan diatas agar-agar bila ia hampir mengeras.


6)Tuangkan agar-agar yang belum menjadi begitu baik kedalam bekas atau acuan yang disukai dan biarkan ia menjadi keras. Taburkan baki buah-buahan yang ditinggalkan tadi diatas agar-agar itu tadi

PeTuA2 kEsIhAtAn

Nanas membersih dalam perut:



Jika anda mengalami sembelit , tentu perut berasa tidak selesa . Kisar sepotong nanas dan dijadikan minuman . Minumlah air tersebut 2 kali sehari , Insya-Allah anda akan berasa lega .


Khasiat tepung ubi



Jika bayi anda mengalami calar-calar merah dan berair pada leher , cuba taburkan tepung ubi pada calar-calar itu , Insya-Allah , ia mujarab .


Kubis melembut muka


Jika muka anda kering dan kasar , ambil beberapa kelopak kubis , tumbuk dan dapatkan airnya . Campurkan dengan sedikit madu lebah dan sapukan pada muka . Lakukan seminggu sekali , Insya-Allah , anda akan berpuas hati dengan kesannya .


Menghindar kelkatu


Ambil beberapa biji lada yang mempunyai daun dan selitkan pada lampu yang banyak kelkatu . Perhatikan kesannya!


Menghilangkan bau durian



Selepas makan durian , baunya tidak hilang dari tangan . Ambil biji durian tersebut dan gosokkan ke jari-jari anda seperti anda menggosok dengan sabun . Insya-Allah , bau itu akan hilang .

Air kelapa lembapkan muka


Caranya , bersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan . Setelah itu barulah dicuci dengan air kelapa dan biarkan ia selama setengah jam . Kemudian , bilas dengan air bersih . Amalkan tiga kali seminggu , Insya-Allah , anda akan lihat perubahannya .

Getah pisang ubat luka


Potong anak pisang dan ambil getahnya kemudian sapukan pada bahagian yang luka . Darah yang keluar akan cepat berhenti dan luka akan segera sembuh.

Hilangkan parut pada muka


Anda mengalami kesan parut jerawat atau luka pada muka ? Ambillah sehelai daun lidah buaya , kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka . Ulangi sehingga anda memperoleh kesannya . Bagaimanapun ada sesetengah orangmempunyai kulit sensitif dengan lendir daun lidah buaya kerana kulit akan menjadi gatal-gatal . Oleh itu anda dinasihatkan mencuba sedikit pada sebahagian muka . Jika tidak mengalami masalah itu ,bolehlah terus gunakan.
Pisang goreng lebih rangup


Bancuh tepung gandum dengan air dan sedikit garam serta serbuk kunyit . Kemudian masukkan sedikit minyak masak ke dalam bancuhan tadi . Anda akan memperoleh pisang goreng lebih rangup dan garing .

Serikan wajah anda


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya , direbus dengan 2 gelas air rebusan itu . Tapis dan sejukkan . Minumlah sekali sehari selepas waktu malam sebanyak 3 kali seminggu . Anda akan dapati wajah anda lebih berseri.