
Alkisah..maka tersebutlah sebuah kisah sekumpulan saudagar daripada negara China telah datang ke Malaysia untuk mengadakan pertunjukkan sarkas. Maka tibalah kumpulan itu ke Pulau Pinang. Pada satu hari, semasa pertunjukkan bergajah diadakan seorang daripada ahli kumpulan sarkas itu mencabar semua hadirin yang menghadiri pertunjukkan itu agar membuat kepala gajah itu tunduk kebawah. Sesiapa yang dapat membuat gajah itu tunduk kebawah akan diberi saguhati sebanyak RM 5000. Tetapi semua yang hadir disitu gagal menundukkan gajah itu. Maka berita ini tersebarlah ke segenap pelusuk ceruk rantau dan ramailah orang yang telah mencubanya tetapi gagal. Sehinggalah pada suatu hari ada seorang tua mendengar cabaran ini. Lantas dia pun pergi ke tempat dimana cabaran itu diadakan. Maka dia pun pergi kepada Ahli kumpulan sarkas itu bertanya bahawa betulkah jika dia dapat menundukkan gajah tersebut dia akan memperolehi RM 5000. Setelah diberitahu oleh ahli kumpulan sarkas itu dia segera pergi menuju ke gajah tersebut. Kemudian dia pergi kehadapan dan melihat muka gajah tersebut. Kemudiannya orang tua itu pergi ke bahagian belakang gajah itu lalu di jentik kemaluan gajah itu. Gajah itu tersentak lalu tunduk untuk melihat siapakah yang telah menjentik kemaluannya. Orang ramai bertepuk tangan apabila menyaksikan gajah itu tunduk. Saguhati Rm 5000 kini menjadi kepunyaan orang tua itu. Maka untuk mengelakkan sebarang kerugian maka pertunjukkan sarkas itu telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sekali lagi mereka mencabar supaya kali ini menggelengkan kepala gajah tersebut. Maka semua telah mencubanya dan gagal. Sekali lagi orang tua tadi terdengar cabaran ini dan beliau terus bergegas. Semasa perjalanan beliau berfikir bagaimanakan caranya untuk menggelengkan kepala gajah tersebut. Akhirnya tibalah orang tua itu ke destinasi yang ditujunya. Sekali lagi orang tua itu berjumpa dengan Ahli kumpulan sarkas yang membuat cabaran itu. Setelah mendapat jaminan bahawa dia akan dapat saguhati jika dapat menggelengkan kepala gajah itu dia terus pergi kepada gajah itu. Apabila sampai dekat dengan kepala gajah itu dia terus mendekatkan mukanya kearah telinga gajah itu seolah-olah ingin berbisik. Kemudian di berbisik kepada gajah tersebut, " Mu nok keno jentik telo" kata orang tua itu. Lantas gajah itu menggelengkan kepalanya kerana takut orang tua itu akan menjentik kemaluannya. Setelah itu orang tua itu menerima saguhatinya dan dia sangat gembira kerana dapat duit 'Free' . Ahli kumpulan sarkas itu terus balik ke negara mereka kerana telah kerugian RM 10,000. Rupa-rupanya gajah yang dibuat untuk dicabar itu ialah gajar dari Kelantan
ini cite masa aku kecik-kecik dulu (berlaku di kg aku di negeri sembilan) ..jiran aku nie baru balik dari singapure. pada masa tu musim buah. jiran aku nie terasa teringin nak memakan buah rambutan yang sedang masak ranum tetapi masalahnya pokok tu penuh dengan kerengge. jiran aku nie eksyen bukan main.. pakcik aku tegurlah pokok tu banyak kerenggo.. dia kata apa? oohhhh kerengge (eksyen konon-konon menggunakan bahasa singapore.) dia pun panjatlah pokok tu.. tapi tiba-tiba dia kata tolong... tolong... .. konggo (bahasa loghat n.s) terkeluarlah kata-kata loghatnya.. apa lagi terguling-guling kami kat bawah pokok gelakkannya.
"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh... ..“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati... .
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan... hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri... ” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku... pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
"Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.
ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari dan didalam hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut
SEJARAH HARI SABTU
1.) Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh
2.) Tipu daya kaum Saleh as. terhadap unta Nabi Saleh as.
3.) Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Yusof as.
4.) Tipu daya Fir'un terhadap Nabi Musa.
5.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as.
6.) Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW
7.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT
SEJARAH HARI AHAD
1.) Penciptaan tempat jalan bintang-bitang
2.) Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
3.) Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat
4.) Penciptaan tujuh lapis bumi
5.) Penciptaan tujuh lautan yang besar
6.) Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
7.) Penciptaan tujuh hari dalam seminggu
SEJARAH HARI ISNIN
1.) Nabi Idris as. naik kelangit
2.) Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
3.) Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
4.) Lahirnya Rasulullah SAW
5.) Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW
6.) Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
7.) Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin
SEJARAH HARI SELASA
1.) Jurjais as. dibunuh
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir'un
5.) Meninggalnya Asiah isteri Fir'un
6.) Sapi Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.
SEJARAH HARI RABU
1.) Kehancuran Auj bin Unuq
2.) Kehancuran Qarun
3.) Kehancuran Fir'un
4.) Kebinasaan Namruz bin Kan'an
5.) Kehancuran! kaum Sa leh as.
6.) Kehancuran Syadad bin 'Aad
7.) Kebinasaan kaum Hud
SEJARAH HARI KHAMIS
1.) Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir
2.) Tukang memberi minum Raja Mesir memperolwhi kebebasan
3.) Saudara-saudara Yusuf as menemuinya
4.) Bunyamin datang ke Kota Mekah
5.) Ya'akub as datang ke Mesir
6.) Nabi Musa masuk ke Mesir
7.) Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah
SEJARAH HARI JUMAAT (ada sesetengah dr kita yg masih tak tahu dan tertanya2 kenapa org selalu bernikah pada hari Jumaat. Ini jawapannya. KIAMAT juga berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.
1.) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
2.) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3.) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
4.) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5.) Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6.) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
7.) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah
* ADA PENDAPAT MENGATAKAN KITA AKAN MATI SAMA PADA HARI KITA DILAHIRKAN. JADI CUBA2LAH INGAT HARINYA.Contohnya: Jika hari Jumaat kita dilahirkan kita akan mati pada hari jumaat.

Bahan-bahannya:-
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa
Cara Membuatnya - Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
- Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
- Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
- Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
- Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membaw dua penumpang berlegar-legar di udara fauzi termenung. "Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi. Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya. "Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain. Tahun berikutnya, Maria dan fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih ingin menaiki pesawat ringan. "Maria, abang dah berumur 65 yahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kara Fauzi. "Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria. Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat. "Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang. Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasang itu tetap tidak menjerit. "Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuat pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang. "Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.