Saturday, May 31, 2008

pUdInG bUaH


Bahan-bahannya

14 gelas air
10 biji putih telur
4 gelasgula
2 tahil agar-agar
1tin besar susu cair
1tin besar buah-buahan campur


Cara membuatnya

1)Rebuskan agar-agar dengan air hingga hancur.

2)Pukul putih telur hingga kembang dan warnanya bertukar menjadi putih.

3)Masukkan putih telur kedalam bekas yang berisi agar-agar yang hancur tadi dan terus mengacau jangan berhenti.

4)Masukkan susu cair dan gula.

5)Bahan yang paling akhir sekali dimasukkan ialah buah-buahan campur serta airnya. Kacau lagi. Perkara yang perlu dingat ialah ketika memasukkan buah-buahan tadi, tinggalkan sedikit untuk ditaburkan diatas agar-agar bila ia hampir mengeras.


6)Tuangkan agar-agar yang belum menjadi begitu baik kedalam bekas atau acuan yang disukai dan biarkan ia menjadi keras. Taburkan baki buah-buahan yang ditinggalkan tadi diatas agar-agar itu tadi

PeTuA2 kEsIhAtAn

Nanas membersih dalam perut:



Jika anda mengalami sembelit , tentu perut berasa tidak selesa . Kisar sepotong nanas dan dijadikan minuman . Minumlah air tersebut 2 kali sehari , Insya-Allah anda akan berasa lega .


Khasiat tepung ubi



Jika bayi anda mengalami calar-calar merah dan berair pada leher , cuba taburkan tepung ubi pada calar-calar itu , Insya-Allah , ia mujarab .


Kubis melembut muka


Jika muka anda kering dan kasar , ambil beberapa kelopak kubis , tumbuk dan dapatkan airnya . Campurkan dengan sedikit madu lebah dan sapukan pada muka . Lakukan seminggu sekali , Insya-Allah , anda akan berpuas hati dengan kesannya .


Menghindar kelkatu


Ambil beberapa biji lada yang mempunyai daun dan selitkan pada lampu yang banyak kelkatu . Perhatikan kesannya!


Menghilangkan bau durian



Selepas makan durian , baunya tidak hilang dari tangan . Ambil biji durian tersebut dan gosokkan ke jari-jari anda seperti anda menggosok dengan sabun . Insya-Allah , bau itu akan hilang .

Air kelapa lembapkan muka


Caranya , bersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan . Setelah itu barulah dicuci dengan air kelapa dan biarkan ia selama setengah jam . Kemudian , bilas dengan air bersih . Amalkan tiga kali seminggu , Insya-Allah , anda akan lihat perubahannya .

Getah pisang ubat luka


Potong anak pisang dan ambil getahnya kemudian sapukan pada bahagian yang luka . Darah yang keluar akan cepat berhenti dan luka akan segera sembuh.

Hilangkan parut pada muka


Anda mengalami kesan parut jerawat atau luka pada muka ? Ambillah sehelai daun lidah buaya , kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka . Ulangi sehingga anda memperoleh kesannya . Bagaimanapun ada sesetengah orangmempunyai kulit sensitif dengan lendir daun lidah buaya kerana kulit akan menjadi gatal-gatal . Oleh itu anda dinasihatkan mencuba sedikit pada sebahagian muka . Jika tidak mengalami masalah itu ,bolehlah terus gunakan.
Pisang goreng lebih rangup


Bancuh tepung gandum dengan air dan sedikit garam serta serbuk kunyit . Kemudian masukkan sedikit minyak masak ke dalam bancuhan tadi . Anda akan memperoleh pisang goreng lebih rangup dan garing .

Serikan wajah anda


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya , direbus dengan 2 gelas air rebusan itu . Tapis dan sejukkan . Minumlah sekali sehari selepas waktu malam sebanyak 3 kali seminggu . Anda akan dapati wajah anda lebih berseri.

BaNaNa MiLk ShAkE


Bahan-Bahan:

2 biji pisang emas
1 gelas susu
Gula
Sedikit perisa vanilla

Cara:

Kesemua bahan tersebut dikisar dengan mesin pengisar. Tuang ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais. Hidangkan

mAcArOnI gOrEnG


Bahan-Bahan:

300g makaroni
400ml air
sedikit garam
satu sudu kecil minyak masak
1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih
½ inchi halia
50g ikan bilis
pelbagai jenis sayuran
2 biji telur
sos cili dan sos tomato (secukup rasa)
sedikit garam/gula

Cara:

1) rebus makaroni sehingga empok bersama sedikit garam dan minyak.
2) sesudah masak, toskan dan tambahkan air sejuk ke dalamnya. ketepikan
3) tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga berbau harum.
4) masukkan telur dan gorengkan sehingga masak dan kemudian tambahkan sayuran.
5) tambahkan sos,garam dan gula secukup rasa dan masukkan makaroni yang telah ditoskan daripada air sejuk.
6) goreng sehingga kering.

Cadangan Hidangan:

2 tangkai daun sup
1 cili merah
1 cili hijau

Tambahan:

ikan bilis boleh digantikan dengan bebola ikan atau ketam.
pelbagai jenis sayuran boleh digunakan mengikut citarasa.
boleh dimakan pada bila-bila masa.

PudInG BaTiK


Bahan-Bahan:

600 gm biskut marie (pecahkan 4)
250 gm mentega
5 sudu besar koko
5 sudu besar milo
1 cawan gula
½ tin susu pekat

1 camca kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air

Cara:

Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya. Tekan-tekankan
adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika

eSkReM GoReNg



Bahan-Bahan:


ais krim(nestle)

1 biji telur

1 cawan tepung gandum

air

2 cawan breadcrumb

1 cawan cornflakes

1 cawan coco crunch

*jem stawberry


Cara:

1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan

2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan


3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.


4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..


5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.


6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.


7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.


8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.


9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)


Cadangan Hidangan:

letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan:

makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk

PeTuA AwEt MuDa

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi, baca doa dan amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35-38 Surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat Subuh, bacalah Surah Yusuf. Kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur, mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat, insya allah.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah 15-30 minit selepas makan.

Amalkan mandi menggunakan kain basahan.

Amalkan diri supaya sentiasa dalam keadaan berwudhu’.

Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat Tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Wallahu’alam