Tuesday, March 17, 2009

6 Akibat Buruk Makan Berlebihan


MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

  • Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

  • Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

  • Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

  • Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

  • Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

  • Menimbulkan banyak penyakit. Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”
  • No comments: