Tuesday, March 17, 2009

memo dari seorang boss yang peka terhadap staff



"" Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:


Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:


Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. Sekian, terima kasih. ""

Monday, March 16, 2009

sEbEnAr....

Minah(bukan nama sebenar) baru putus cinta(bukan cinta sebenar)mengambil keputusan hendak terjun menara(bukan menara sebenar).Beliau(bukan gelaran sebenar) menaiki lif(bukan lif sebenar) danmenekan butang 'roof'(bukan butang sebenar). Ketika memasuki lif, satusuara misteri(bukan suara sebenar) berbisik ke telinya beliau(bukan telinga sebenar), Naik lif..ke neraka...pintu ditutup....selama-lamanya...... Beliau menjadi takut(bukan perasaan sebenar) dan berdebar-debar dan apabila sampai dan suara itu berbunyi,Naik ke tingkat 'roof'.....sedia untuk mati......sampai,sila turun dari lif......dan terjun....... Minah terus berlari(bukan aksi sebenar) dan memanjat pagar keselamatan(bukan pagar sebenar) dan terus terjun. Apabila hampir sampai ke bumi(bukanplanet sebenar) satu suara berbunyi, WOI MINAH! BANGUNLAH! DAH PUKUL 12 TENGAHARI PUN X BANGUN2 TIDO LAGI! APE JENIS ANAK DARA LA NI! kata seorang wanita(bukan jantina sebenar)iaitu ibunya(bukan ibu sebenar).

pEnUh MaKnA

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan
hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta
satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu
gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan
membangunkan
ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka
sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.”
“Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas

pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun...
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan
buang-buang kertas
bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan
banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan
selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala
kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau
kosong
diisi lagi ya!”
_____________________

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak
memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang
begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si
ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun.
Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak
kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.

KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda
sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti
kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup
ini ibarat lembaran kertas yang KOSONG..



p/s:: penuh makna tersirat lam cite ni.....

tAkE mY hEaRt

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

(violin solo!)

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

p/s:: aku suka dengar lagu ni...sweet sgt..ehehe...

Sunday, March 15, 2009

HaTi DaN pErAsAaN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis

uNfAiThFuL


Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul
cause it seems that wrong
really loves my company

His more than a man
and this is more than love
the reason that this sky is blue
the clouds are rolling in
because I’m gone again
and to him I just can’t be true

and I know that he knows I’m unfaithful
and it kills him inside
to know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…
a murderer

I feel it in the air
as I’m doing my hair
preparing for another day
A kiss up on my cheek
He’s here reluctantly
as if I’m gonna be out late
I say I won’t be long
Just hanging with the girls
A liar didn’t have to tell
Because we both know
where I’m about to go
and we know it very well

cause I know that he knows I’m unfaithful
and it kills him inside
to know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…
a murderer

His trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don’t wanna do this
Anymore (anymore)

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…
a murderer (a murderer)

No no no

Yeah yeah yeah

aKu MeMiNtA

Aku meminta kpd ALLAH utk menghadiahkan kpdku KESABARAN,
ALLAH menjawab tidak. Itu tidak dihadiahkan,itu harus dipelajari...
Aku meminta kpd ALLAH utk menyempurnakan KECACATANKU,
ALLAH menjawab tidak. Jiwa tidak sempurna,badan hanyalah sementara...
Aku meminta kpd ALLAH utk menyingkirkan PENDERITAANKU,
ALLAH menjawab tidak. Itu bkn utkku singkirkan,tetapi agar kau mengalahkannya...
Aku meminta kpd ALLAH utk memberikanku KEBAHAGIAAN,
ALLAH menjawab tidak. ALLAH memberikanmu keberkatan.
Kebahagiaan adalah bergantung kpdmu...
Aku meminta kpd ALLAH segala hal sehingga aku dpt MENIKMATI HIDUP,
ALLAH menjawab tidak. ALLAH memberimu hidup sehinga dpt kau nikmati segala hal...
" Setiap kesulitan akan bertambah apabila dihitung2,tetapi akan hilang apabila kita tidak hiraukannya lagi... "