Thursday, March 12, 2009

sEpi TaNpA CiNtA

AKU...
hanya mampu tangisi sebuah perpisahan... .
yang bukan tanpa rela...
tapi kerana terpaksa... ...
AKU...
tidak mampu untuk berkata-kata...
tidak harus menyalahkan takdir semata-mata...
tidak dapat aku luahkan betapa hebatnye nilai sebuah cinta... .
betapa pedihnya tatkala di landa resah kerinduan... .
AKU... .
pertama kali aku kenal ape itu cinta...
aku masih tidak mengerti...
adakah ia terlalu nikmat?terlalu ingin di rasai?
tapi... ..setelah perpisahan menghimpit pertemuan...
baru ku sedar... .sakit yang teramat...
AKU...
setiap titisan air mata yang mengalir...
menyatakan betapa aku alpa keran cinta...
kerana terlalu tinggi harapan yang aku taburkan... .
tanpa ku sedari... aku lemah di buai perasaan...
AKU... .
harus yakin aku bukan lagi di ciptakan untuk dia...
menerima sebuah perpisahan...
terasa diri ini sudah terlalu berulang kali di lukai...
bilakah bahagia akan datang... .
AKU...
memikirkan tentg hidup... .
tapi perjalanan hdup ini masih terlalu awal untuk di ramal... ..

bErhEnTi DaRi

AkU tak pnh brhenti dr merindui dirimU...
walaupn kaU tidak lagi brada dcc kU

akU tak pnh brhenti dr mnyayangi dirimU
walaupn kaU pergi mniggalkn akU...

AkU tak pnh kesal mengenali dirimU
walaupn prkenalan kite hanya sementara..

akU tak pnh brhenti mgingati dirimU..
walaupn kU tahU..tiada rUang utkkU dihatimU..

AkU tak pnh brhenti mgharapkan kaU kembali kpdkU
walaupn kU tahU..semUa itU tidak mUngkin brlakU..

Tuesday, March 10, 2009

rEsEpI pErKaHwInAn BaHaGiA


RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA

Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran
agama kita
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dak ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan
termasuk penawar dan
pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan
sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan
dan kelemahan
kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku
(ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami
isteri)
Secubit campurtangan mentua
Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja
berpasangan dan
perkongsian

Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan
asingkan rasa
cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan
sakit hati.

Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan
panaskan dengan bara
api kesetiaan dan kejujuran.

Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan
ditambah mengikut
selera dan kemampuan diri masing-masing.

mEmOtOnG kUkU


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:

YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada:
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis
: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

So, jgnlah sebarangan memotong kuku pada hari2 yg korang suke jer. Hari yg tidak digalakkan ialah hari sabtu,ahad, selasa dan rabu. Kadang2 sebagai seorang islam kita selalu meremehkan perkara2 kecil dan suke berdebat perkara2 yg besar. Hakikatnya, perkara2 yg kecil ini byk mempengaruhi kehidupan seharian kita. Aku just share apa yg kita tahu tp tak buat. Sekadar memperingatkan diri sendiri dan pembaca blog ni.(Kalau org tak baca blog ni, korang refer diaorg ke blog ni).


p/s:: aku pun amik dr tenet..nak kongsi2 ngan sume..huhuhu


wAniTa


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

¿Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya ¿ tempat dimana cinta itu ada."

TeH pAnAs


Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang¿ disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja¿ dia cuba bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk¿ lalu pelayan restoran menjawab.. ¿Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20¿ Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya¿. Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan..kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam sekelip mata sahaja¿ Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata ¿Kalau lambat diminum¿ air ini jadi sejuk¿ kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja¿

Sunday, March 1, 2009

Cara & Sebab Solat Jamak


Soalan:

boleh terangkan tentang solat jamak/qasar,syarat-syaratnya dan bagaimana?

Jawapan:

Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

"Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

Syarat Jamak Taqdim:

1. Meniatkan jamak di dalam solat..
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.

Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:

1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.

Lafaz niat solat jama' taqdim, cth: Zohor dengan Asar

" Usolli fardha al-Zuhri arba'a raka'atin majmu'an ilaihi al-'Asru lillah taala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat jama' dengan Asar kerana Allah Ta'ala)

" Usolli fardha al-'Asr arba'a raka'atin majmu'an lillahi ta'ala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat jamak kerana Allah Ta'ala)

mBagi jaa'ma ta'khir, cth: Asar dengan Zohor, lafaznya sama seperti di atas cuma berbeza pada sebutan solat (didahulukan solat Asar daripada solat Zohor.

Lafaz niat Qasar dan Jama' Taqdim / ta'khir serentak:cth: Zohor dengan Asar:

"Usolli fardha al-Zuhri qasran majmu'an ilaihi al-'Asru lillahi ta'ala"
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar, jamak dengan Asar kerana Allah Ta'ala