Saturday, May 31, 2008
KaSiHMu MeLeBiHi KaSiHkU
suatu hari nanti jika Allah SWT izinkan mungkin juga aku akan bergelar seorang ibu sama seperti perempuan lain. Ya, aku mungkin seorang insan yang bakal digelar mak, ibu, ummi, mama, mummy atau bonda. Begitu besarnya erti hidup seorang perempuan atau wanita, dan terlalu berbeza fitrah kejadiannya dengan insan bergelar lelaki. Seorang perempuan telah Allah kurniakan mereka rahim, di situ wujudnya jasad yang menumpang hidup berbulan-bulan atas belas ehsan dan kasih sayang dari insan bergelar ibu. Sesungguhnya, mungkin itu juga yang telah aku janjikan pada Allah sewaktu di alam roh lagi. Mungkin telah kujanjikan kepadaNya bahawa diri ini ingin menjadi seorang perempuan dan berani memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. “Ya Allah, betul ke aku sekuat itu dan layakkah aku?”. Namun begitu aku bersyukur, walaupun masih belum bersuami dan punya anak, aku punya naluri keibuan yang kuat…alhamdulillah.
Ibu memegang amanah Allah yang paling besar dengan tabah membawa anak ke lacesana lace sini ketika mengandung, menahan kesakitan dan mempertaruhkan nyawanya sewaktu bersalin, menyusukan tanpa mengira waktu dan melunaskan pelbagai lagi tanggungjawab yang lain yang pastinya tidak mampu untuk seorang lelaki laksanakan. Bila Allah memilih seorang perempuan itu sebagai pemegang amanah yang besar fahamilah bahawa seorang perempuan itu fitrahnya tabah dan sabar. Doa seorang perempuan itu lebih makbul kerana sifat peyayangnya apatah lagi doa seorang ibu terhadap anaknya.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam 2 tahun.(Dengan demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu.Hanya kepadaKu tempat kembalimu. (Surah Lukman ayat 14)
Walaupun pelbagai istilah ibu yang ada di dunia ini, ibu angkat, ibu susuan, ibu tumpang, ibu tiri, ibu saudara atau ibu mertua sekalipun ianya takkan pernah sama dengan ibu kandung. Keperitan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan takkan sama dengan insan lain. Di telapak kaki ibu nan satu itulah letaknya ciuman syurga dan keredhaan Allah adalah kerana keredhaan ibubapa. “ mak, tanpa keredhaan mak siapalah adik!!”.
Seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai siapa yang sepatutnya didahulukan dalam membuat kebajikan.Baginda lalu menjawab,ibu mu, sahabat bertanya lagi,kemudian selepas itu siapa?Baginda lalu berkata, ibu mu.Kemudian selepas itu siapa? Ibu mu.Kemudian siapa?Bapa Mu. – Hadis
Hadis ini menzahirkan betapa besarnya istilah seorang ibu yang perlu dihormati oleh anak. Betapa kedudukan seorang ibu itu sangat mulia. Darjat seorang ibu diangkat tinngi di sisi Allah SWT.
Ibu meniti usia senja…kita mulai dewasa
kita tinggalkan kerana kawan
kita tinggalkan kerana kekasih
kita lalaikan kerana dunia kita
kita sombong kerana kedudukan
kita bongkak kerana harta
kita malu kerana wajah kedutnya
kita bohong kerana kepentingan kita
kita deritakan jiwanya kerana kita punya alasan yang selalunya bodoh
Bahagiakan ibu bapa selagi mereka masih bernafas..jangan menanggis setelah tewas
Jika ada hati relakan dengan ikhlas
Jika ada kudrat permudahkan
Jika ada rupa senangkan (memaniskan muka kpd ibu bapa)
Jika ada pesan darinya lakukan
Jika ada silap darinya maafkan
Jika masih punya saudara miliknya sambungkan
Jika berdoa mohon keampunan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
iela... :D jadilah wanita yang solehah.... :p
Post a Comment