Nanas membersih dalam perut:
Jika anda mengalami sembelit , tentu perut berasa tidak selesa . Kisar sepotong nanas dan dijadikan minuman . Minumlah air tersebut 2 kali sehari , Insya-Allah anda akan berasa lega .
Khasiat tepung ubi
Jika bayi anda mengalami calar-calar merah dan berair pada leher , cuba taburkan tepung ubi pada calar-calar itu , Insya-Allah , ia mujarab .
Kubis melembut muka
Jika muka anda kering dan kasar , ambil beberapa kelopak kubis , tumbuk dan dapatkan airnya . Campurkan dengan sedikit madu lebah dan sapukan pada muka . Lakukan seminggu sekali , Insya-Allah , anda akan berpuas hati dengan kesannya .
Menghindar kelkatu
Ambil beberapa biji lada yang mempunyai daun dan selitkan pada lampu yang banyak kelkatu . Perhatikan kesannya!
Menghilangkan bau durian
Selepas makan durian , baunya tidak hilang dari tangan . Ambil biji durian tersebut dan gosokkan ke jari-jari anda seperti anda menggosok dengan sabun . Insya-Allah , bau itu akan hilang .
Air kelapa lembapkan muka
Caranya , bersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan . Setelah itu barulah dicuci dengan air kelapa dan biarkan ia selama setengah jam . Kemudian , bilas dengan air bersih . Amalkan tiga kali seminggu , Insya-Allah , anda akan lihat perubahannya .
Getah pisang ubat luka
Potong anak pisang dan ambil getahnya kemudian sapukan pada bahagian yang luka . Darah yang keluar akan cepat berhenti dan luka akan segera sembuh.
Hilangkan parut pada muka
Anda mengalami kesan parut jerawat atau luka pada muka ? Ambillah sehelai daun lidah buaya , kikis dan ambil lendirnya sapukan pada muka . Ulangi sehingga anda memperoleh kesannya . Bagaimanapun ada sesetengah orangmempunyai kulit sensitif dengan lendir daun lidah buaya kerana kulit akan menjadi gatal-gatal . Oleh itu anda dinasihatkan mencuba sedikit pada sebahagian muka . Jika tidak mengalami masalah itu ,bolehlah terus gunakan.
Pisang goreng lebih rangup
Bancuh tepung gandum dengan air dan sedikit garam serta serbuk kunyit . Kemudian masukkan sedikit minyak masak ke dalam bancuhan tadi . Anda akan memperoleh pisang goreng lebih rangup dan garing .
Serikan wajah anda
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya , direbus dengan 2 gelas air rebusan itu . Tapis dan sejukkan . Minumlah sekali sehari selepas waktu malam sebanyak 3 kali seminggu . Anda akan dapati wajah anda lebih berseri.
No comments:
Post a Comment