Wednesday, February 29, 2012

IbLiS a.k.a SeTaN






BIODATA

Iblis = (Akwan, Hafaf, Wamurah, Zailatun, Wawatsin, Laqwal, A’war, al-wasnan dan Dasim)

PENGENALAN DIRI
Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT

STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/ Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/ Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah – setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambing korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks

Tuesday, February 28, 2012

11 ari dahhhh..:)):))






Ari ni dah 11 ari aku jd ibu.bukan senang rupanya nak menjadi ibu ni.byk betoi dugaan..dlu dapat tido lena xyah nak pk apa2 dah skang ni tido x menentu.kdg2 malam bejaga smpai ke pagi.tgok org lain tido nyenyak je..tambah2 incik suami dia pun kdg2 je trun pdang jaga aiman.nak pegang x boleh letak atas riba je la.huhuhu...skang ni baru la aku tau mcm ni la mak rsa dulu.skang time anaknya merasa plak.hehehe...

Kuning Aiman pun x ok lg..sat naik sat turun..kami pun dah 2x masuk wad sbab kuning ni.kalu boleh xmau la utk kali ke 3.azab betoi duk wad.lg sedih bila tgok Aiman duk bawah lampu tu.kesian sungguh..huhuhu..arap2 ari esok..esok..dan seterusnya..kuning semakin turun.sian opah n tok wan duk ulang alik p klinik bawak Aiman.

Stop dlu la..time tu makan..hehehe...

Tuesday, February 21, 2012

AnAkKu..HeHehE





Syukur Alhamdulillah..Muhammad Aiman Ashraf dah slamat di lahirkan pada 19.2.2012 ari ahad jam 11.48 pagi dgn berat 3.1kg..

Terima kasih YaAllah atas anugerah yg x ternilai ni.

Friday, February 17, 2012

Siapa kata doktor tak pernah sakit..
siapa kata pakar kaunseling tak ada
masalah..
siapa kata cikgu tak pernah buat silap
siapa kata ustaz tak pernah buat dosa
siapa kata chef tak pernah masak nasi
mentah..
ingatlah♥
semua manusia Allah beri kelebihan
dan kekurangan masing2..
Allah beri kelebihan bukan 100%
diberi semua pengetahUan..
diberi kekurangan bukanlah sehingga
ia menghinakan..
terkadang sengaja Allah menyulitkan
perkara yang kita pakar
agar kita tidak perlu sombong..
agar kita sentiasa menjadi hamba
yang bersyukur....

Wednesday, February 15, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR




Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Thursday, February 9, 2012

Trajedi Malam Thaipusam




Siankan kalu tgok pic tu..sedih je mase memula tgok ari tu.terkejut pun ada..nasib baik la smangat ni masih kuat kalu x mau pengsan aku masa tu x pun terberanak dah masa tu.syukur juga kerana dia masih slamat walapun dia memerlukan masa yg agak lama untuk pulih.kejadiaan yg x disangka2 terjadi disaat aku sedang sarat mengandung.apapun aku kena redha..ini bahagian untuk aku.smoga abg cepat sembuh dan bersabar dalam mengaharungi ujian ini.