Sunday, June 15, 2008

AiR iNaI nAiKKaN sEri MuKa


Bagi anda yang sentiasa kelihatan pucat dan tidak bermaya, letihlesu, cubalah amalkan petua ini. ambil segenggam daun inai atau akar inai, rebus hingga airnya menjadi kekuningan dalam masa 15minit. tapiskan airnya dan biarkan sehingga suam sedikit.

Amalkan minum air rebusan inai ini tiap-tiap pagi dan malam. sudah pasti kena berselawat dululah, Insya-Allah muka anda kelihatan kemerah-merahan serta berseri.

Petua ini elok sekali diamalkan oleh bakal-bakal pengantin. amalkan meminumnya sebelum hari persandingan. Ibu-ibu yang baru lepas bersalin pun elok juga minum air rebusan inai nie.

Saturday, June 14, 2008

pEnGaRuH mAkAnAn PaDa KuLiT


Setiap kali anda mengambil vitamin untuk tubuh, ia membawa pengaruh besar terhadap kulit anda. Perhatikan makanan yang anda ambil dan semaklah beberapa jenis makanan yang membantu mengembalikan keadaan kulit agar tetap sihat dan cantik dan terjaga kesihatannya.


Ikan.

Ikan mengandungi minyak yang dapat menjaga kelembapan kulit. Jadi, cubalah untuk mengambil makanan yang berprotein tinggi ini untuk menjaga keadaan kulit agar tetap sihat dan terjaga.�

Rumput laut.

Terbukti banyak mengandungi omega 3 yang dapat menjaga kesihatan kulit. Dianjurkan untuk mengambilnya setiap pagi setelah sarapan. Bentuknya berupa makanan ringan merupakan lembaran yang telah dikeringkan dan boleh diperolehi dari mana-mana pasaraya. Penelitian menunjukkan rumput laut dapat meningkatkan kebugaran di dalam memulai hari anda.

Vitamin A
Sangat penting untuk menjaga kesihatan dan kelembapan kulit. Sumber vitamin ini boleh diperolehi dari kentang manis, brokoli, bayam dan sayuran hijau lain.

Vitamin E
Dikenalpasti dapat menjadikan kulit terjaga kekenyalan bahkan yang paling baik ialah dapat mencegah jerawat. Mulai saat ini, selalu mengambil kekacang seperti kacang hazel dan badam sebagai makanan ringan.

TiKuS.....oooo...TiKuS


Seekor tikus merasa hidupnya sangat tertekan karena takut pada kucing. Ia lalu menemui seorang ahli sihir sakti untuk meminta tolong. Ahli sihir memenuhi keinginannya dan mengubah si tikus menjadi seekor kucing.

Namun setelah menjadi kucing, kini ia begitu ketakutan pada anjing. Kembali ia menemui ahli sihir sakti yang kemudian mengubahnya menjadi seekor anjing.
Tak lama setelah menjadi anjing, sekarang ia merasa ketakutan pada singa. Sekali lagi ahli sihir sakti memenuhi keinginannya dan mengubahnya menjadi seekor singa.

Apa yang terjadi? Kini ia sangat ketakutan pada pemburu. Ia datang lagi kepada ahli sihir sakti meminta agar diubah menjadi pemburu. Kali ini si penyihir sakti menolak keinginan itu sambil berkata, "Selama kau masih berhati tikus, tak peduli bagaimana pun bentukmu, kau tetaplah seekor tikus yang pengecut"

4 jEniS iBu

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA..

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.. Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan

Magrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Al-Quran:

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain

cHiCkeN ChOp


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah

20 gm potato chip (digoreng)

20 keping biskut tawar (dikisar halus )

Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Sunday, June 8, 2008

TaUhU sUmBaT



Bahan-bahan

5 kpg tahu (belah dua & goreng) - (asingkan 2 kpg isi tahu)
isi ikan kembung yg dah direbus - (ikan lain pun boleh)
2 biji telur (pukul)
daun kucai (potong-potong)
lada hitam (tumbuk)
garam & serbuk perasa
minyak utk menggoreng

cara-cara

1. gaul isi tahu dan semua bahan.
2. sumbat bahan dlm tahu.
3. celup tahu dlm telur dan goreng

Bila dah masak bolela makan ngan sos cili.
sos ni buatlah resepi sendiri... .

samat mencuba!!!;

Saturday, June 7, 2008

BuKti SeBuAh PeRcInTaAn

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat
berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinyabersetuju.

Tau-tau saja lah apa yang dia orang buat di malam minggu tu
berdua-duaan di dalam bilik wanita tu... .. kira malam minggu tu
milik dia oranglah.

Selepas selesai melakukan adengan yang di censoredkan, si lelaki ni pun
berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya;

"Darling! ada mancis tak?".

"Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu.

Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam

laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya;

"Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker?""Bukan" jawab si wanita tu.

"Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?",

"Bukan jugak" jawab wanita tu lagi.

"Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?"
tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut

"Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan
jantina"
jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaa?